Status Import masih samar lagi

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, belum mahu meletakkan harapan yang tinggi untuk menjadikan Moussa Sidibe sebagai pengg3mpur utama pasukan Harimau Selatan itu.Pemain kelahiran Mali itu menampilkan aksi memukau sepanjang aksi pramusim di Dubai ketika ini, di mana dia setakat ini telah menjaringkan dua gol daripada dua perlawanan berturut-turut.

Mora, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata dia hanya mahukan striker barunya itu untuk menyesuaikan diri dengan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia 2022 pada tahun ini.Dia baru berada di sini selama tiga atau empat hari, jadi kita tidak boleh mengharapkan terlalu banyak perkara daripadanya dalam situasi pasukan baru bagi menyesuaikan diri dahulu.

Kita perlu bersabar dahulu, dalam melihat aksinya, memberikannya bantuan dan elemen agar dia dapat menyatu dan mengenali rakan sepasukannya itu.

Kita akan lihat nanti. Buat masa ini, dia telah menunjukkan prestasi yang luar bi4sa sepanjang 45 minit dalam perlawanan itu.jadi ayuh berharap dia dapat kekalkan prestasi beliau seperti itu.Secara keseluruhannya, kesemua pemain import beraksi dalam masa itu dengan sangat baik. Mereka berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk merebut tempat,” katanya.Moussa Sidibe muncul penjaring tunggal JDT ketika menewaskan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shabab Al Ahli, 1-0 semalam.

sumber:- SA

Sebelum itu, dia juga menjaringkan satu gol ketika Harimau Selatan terikat 2-2 dengan kelab Slovakia, MSK Zilina.