Syazwan Zainon luahkan

Kuala Lumpur: Pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Syazwan Zainon menjelaskan bukan mudah mengambil peranan ketua pasukan yang ditinggalkan Baddrol Bakhtiar yang berhijrah ke Sabah FC, untuk musim ini.Katanya, nama Baddrol selaku ketua pasukan Kedah Darul Aman sudah begitu sinonim di kaca mata peminat dan menjadi satu cab4ran buat dirinya memenuhi harapan yang disandarkan.Justeru, Syazwan berharap semua pihak boleh berikan sokongan kepada dia dan tidak terlalu membandingkan dengan Baddrol kerana masing-masing ada cara tersendiri untuk musim ini.

 

 

Tanggungjawab sebagai ketua pasukan di Kedah sebenarnya membuatkan saya berasa takut dan bukan untuk dibanggakan kerana semua orang tahu ketua pasukan sebelum ini adalah Baddrol.Saya gementar jika ada orang hendak bandingkan saya dengan Baddrol Bakhtiar kerana legasi yang dia tinggalkan sangat besar untuk diisi oleh individu yang lain.

Jadinya, situasi ini bukan mudah namun harap semua peminat boleh menerima cara saya kerana setiap pemain punyai karakter yang berbeza.Saya masih Syazwan yang dikenali seperti mana dulu dan akan sentiasa bercakap untuk kepentingan rakan sepasukan dan beri arahan kepada pemain jika keadaan memerlukan.

 

 

Syazwan yang bakal menginjak umur 33 tahun menjadi antara pemain paling senior selain Shahril Saa’ri dan Azamuddin Mohd Akil di Kedah selepas pemergian Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali ke Sabah FC.Biarpun pernah berhijrah ke Selangor selama dua musim pada 2019 dan 2020, Syazwan sebenarnya beraksi bersama Kedah sejak pertengahan musim 2013 hingga 2018.Dia membantu Kedah memenangi pelbagai kejuaraan seperti Piala Malaysia (2016), Piala FA (2017) dan Liga Perdana (2015).

sumber:hmetro

Mengenai musim ini, Syazwan menjelaskan banyak perubahan sedang berlaku dalam pasukan dengan kehadiran sebahagian besar pemain-pemain muda yang menyaksikan Kedah bermain lebih pantas dalam tiga perlawanan lalu.