Skip to content

Borak Bola

Pelbagai info dan isu bola semasa

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • about us
Menu

Tekad Dari Pasukan KDA FC

Posted on April 17, 2023April 17, 2023 by borakbola

Loading

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bertekad bangkit mengubati kedukaan dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila turun melayan kunjungan KL City pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.

Ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain mengakui kekecewaan ketika dibelasah 6-0 kepada JDT pada 9 April lalu memberi banyak pengajaran buat Sang Kenari.

“Pemain memang sangat kecewa apabila tewas besar dengan keputusan itu memang tidak jangka, namun pemain menunjukkan keazaman tinggi untuk bangkit kembali.

“Saya harap pemain dapat melupakannya dan mengambil pengajaran sekali gus tampil lebih baik apabila turun menentang KL City.

 

“Tempoh persiapan lebih seminggu menjadi ruang terbaik untuk mengatasi setiap kelemahan dan meningkatkan lagi persefahaman dalam kalangan pemain,” katanya.

Nafuzi berkata, beliau lega apabila dua tonggak pertahanan iaitu Ariff Farhan dan Wan Amirul Afiq kembali memperkuatkan pasukan selepas selesai tempoh penggantungan.

sumber”bh

“Dari segi persiapan semuanya berjalan dengan lancar, dan kita kini memiliki pemain yang lebih lengkap dan ini membolehkan kita memiliki pilihan dan perancangan yang lebih baik.

“Saya berharap semua posisi dapat berfungsi dengan baik dan lancar kerana dengan keadaan itu saja kita dapat meningkatkan tahap permainan pasukan,” katanya.

Dalam pada itu Nafuzi juga mengingatkan pemain agar tetap berwaspada dengan ancaman KL City yang sudah menemui rentak kemenangan.

Berdasarkan kedudukan liga, Kedah kini menduduki tangga keempat dengan mencatatkan lima kemenangan, satu seri dan dua kekalahan, manakala KL City yang kurang satu perlawanan pula berada pada tangga kelapan hasil dua kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.

Recent Posts

  • Bergson Da Silva kini sangat bernilai buat JDT
  • Kehebatan JDT Terserlah juara Liga Super 10 kali berturut-turut
  • Perak FC raihkan dulu kejayaan sebelum bertemu JDT
  • Dijangka bimbing skuad B-23 negara
  • Bakal tercipta noktah kejuaraan – JDT

Recent Comments

  1. RickeyLib on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  2. Joycedet on Pasukan pilihan Legenda Malaysia muncul Juara
  3. Ernestnal on KINI SAH DITUNDA
  4. Terrybrace on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  5. Terrybrace on KINI SAH DITUNDA

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022

Categories

  • info borak bola
  • info terkini
  • sukan
  • SYOKKK VIRAL WOOOO

©2023 Borak Bola | Design: Newspaperly WordPress Theme