TMJ bidas tentang isu ini

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mempertahankan Aidil Zafuan Abdul Radzak, selepas pertahanan kebangsaan itu terus dipersalahkan atas kekalahan skuad kebangsaan di tangan Singapura, Sabtu lalu.

Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) turut terkilan dengan ‘perangai’ penyokong yang seakan tidak menghargai peng0rbanan yang sudah dicurahkan pertahanan berusia 34 tahun itu bersama skuad Harimau Malaya.Malah, Tunku Ismail turut menyelar m3ntaliti segelintir penyokong yang jelas masih berada di tahap yang rendah tetapi mahu melihat bola sepak negara terus berkembang pesat.

 

 

T0xic m3ntality dan mudah lupa. Nak bola sepak maju tapi kepala masing-masing tahap low class (tahap rendah). Semua lupa peng3rbanan setiap pemain yang pernah mewakili negara.Semua lupa kejayaan dan pengorbanan mereka, seolah olah tiada makna. Kesian bila lihat pemain yang berk0rban untuk pasukan kebangsaan atau mana-mana pasukan tidak dihargai,” kata Tunku Ismail menerusi komen pada akaun Instagramnya.

 

 

Terdahulu, persembahan tonggak veteran itu yang diturunkan pada aksi ‘Tetangga Seberang Tambak’ dik3cam hebat oleh penyokong bola sepak tempatan khususnya di laman media sosial.Ada penyokong yang mempersoalkan mengapa pemain itu diturunkan pada aksi terbabit selain ada juga yang mengharapkan Aidil dapat mengumumkan persaraan buat kali kedua.

sumber:- BH

Lebih melampau, ada yang mengedit muka Aidil sehingga menyamai muka kapten Manchester United, Harry Maguire.