TMJ Menyatakan Tidak Gemar

 

Walaupun menang 1-0 ke atas Penang FC pada aksi Liga Super semalam, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kurang gemar dengan penampilan lawannya itu yang mengamalkan corak `berkampung’ di kawasan sendiri manakala pemain sering terbaring di padang dalam perlawanan.

Beliau mengakui agak sedih dengan penampilan skuad kendalian Tomas Trucha yang sepatutnya mengamalkan corak permainan bola sepak terbuka dan bukannya melihat pemain kerap terbaring di padang selain mempratikkan permainan bertahan seperti ‘parkir bas’.Sebagai pemain profesional beraksi di liga profesional, bukan sahaja JDT malah semua pasukan dalam liga utama negara ini harus tampil dengan corak permainan terbuka dan menghiburkan dan dari situ bola sepak Malaysia akan berkembang.

Bukannya kerap melambatkan permainan seperti sering terbaring di padang dan mengamalkan corak permainan bertahan. Anda sendiri lihat sekurang-kurangnya lapan dan sembilan pemain Penang FC berada di kawasan kotak penalti dalam perlawanan itu.

 

 

Jika ingin bermain secara bertahan tiada mas4lah, sebaliknya perlulah membuat s3rangan balas dan bermain secara terbuka dalam perlawanan Itu adalah strategi dan taktikal tapi sepanjang 90 minit kami tidak bermain bola sepak yang sepatutnya diwarnai dengan corak permainan yang pantas danĀ  menarik serta bukannya tunggu dan berkumpul di kawasan sendiri,” katanya.Ditanya mengenai tindakan mengeluarkan Moussa Sidibe, pengendali kelahiran Mexico menegaskan beliau terpaksa mengubah corak permainan apabila tiada ruang bergerak di posisi tengah.

sumber: bh

Sementara itu, pemain tengah JDT, Natxo Insa enggan mengulas mengenai corak permainan bertahan skuad Harimau Kumbang dan menyifatkan taktikal yang diamalkan pasukan itu sebagai strategi dalam usaha memburu keputusan seri pada aksi dalam perlawanan itu.